Program ini menyasarkan masyarakat umum untuk terlibat secara langsung dalam program penghayatan Bulan Kebangsaan. MyMerdeka Sayangi Malaysiaku dilaksanakan di lima (5) lokasi.
MYDIN Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah dipilih sebagai lokasi pertama pada 3 higga 5 Ogos 2018 yang lalu sempena Pelancaran Bullan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 yang telah disempurnakan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.
Program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku yang mendapat kerjasama daripada MYDIN Mohamed Bhd. dan telah memasuki tahun ketiga (3) penganjuran merupakan program pameran berkonsepkan komunikasi visual secara bersemuka. Program ini memberikan kesedaran kepada para pengunjung melalui penghayatan secara visual yang memaparkan aspirasi atau hasrat kerajaan mewujudkan negara yang bersatu pada dan mengamalkan toleransi antara kaum. Pelbagai pengisian menarik sepanjang tempoh pelaksanaan program antaranya Pamera Sejarah Negara, Pameran Koleksi Logo Hari Kebangsaan, Sudut Karikatur, Persembahan PERTARAMA, Pertandingan Bintang Patriotik, Pertandinga Mewarna untuk kanak-kanak, Kuiz Kenegarran, Sudut Tayangan Multimedia dan Video Kenegaraan, Layar Bestari dan Klinik Foto @JaPen.
Orang ramai dijemput memeriahkan tiga (3) lokasi lain MyMerdeka Sayangi Malaysiaku iaitu pada;
- 30 Ogos - 1 September 2018 di MYDIN Meru Raya, Ipoh, Perak
- 6 - 8 September 2018 di MYDIN Mutiara Rini, Johor
- 14-16 Sepember 2018 di MYDIN Petrajaya, Kuching, Sarawak.
Penganjuran MyMerdeka Sayangi Malaysiaku ini diharapkan dapat membangkitkan rasa cinta negara dalam kalangan masyarakat terutama pengunjung yang hadir.
Saya mengucapkan Terima Kasih MYDIN MALAYSIA kerana menjemput saya menghadiri event ini.